2015


2015. Tahun baru lagi, makin banyak benda baru. Maka dengan itu, tamatlah sudah persekolahan aku di sekolah menengah. Tiada lagi sekolah, tiada lagi uniform sekolah, tiada lagi kerja kursus dan tiada lagi stpm. Kali ni memang aku dah betul betul tamat persekolahan. Tak sangka kan.

Dan alhamdulillah keputusan stpm aku tak mengecewakan. Kalau boleh aku nak repeat dua papers sem tiga tapi keadaan tak mengizinkan. Redha. Semuanya ada hikmah kan. Sekarang ni aku dalam proses permohonan upu dan um untuk buat degree pulak. Insyaallah kalau dapat, september ni start first sem aku. Tak sabar nak digelar sebagai pelajar universiti :-)

Pasal kos, aku try fikir se-positif yang boleh. Antara minat, kebolehan dan peluang. Ada kos yang sesuai dengan pointer aku tapi aku kurang minat. Ada pulak kos yang aku layak dan minat tapi belum sampai tahap aku nak jadikan sebagai kerjaya. Ada jugak kos yang macam best dan sesuai dengan aku walaupun aku zero dalam bidang tu. Lain orang, lain mindset. Disebabkan semua tu, benda ni bermain dalam otak aku "boleh ke aku bawak kos ni?" "tak rugi ke aku ambik kos ni?"

"minat + kebolehan ?"

"minat + peluang ?"

"kebolehan + peluang ?"

Macam ni rupanya rasa isi upu kali kedua. Macam ni rasanya nak buat degree. Macam ni rasanya nak pilih kos. Haa. Dan macam ni lah jugak rasanya bila umur nak masuk 20an. Dilema sungguh. Sebenarnya aku nak cerita benda lain, tapi terpesong pulak. Haha. xoxo

2 comments:

  1. hai...
    yg penting ambik positif je semua...k. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai
      terima kasih bagi nasihat c:

      Delete