Ini Rabu

k sebenarnya takde idea nak cerita apa. hari ni hari rabu. rabu maknanya hari koko. pakai baju koko. 

rutin harian di sekolah. bagi setiap rabu.
kitorang dak form 6 pakai baju vad la en. seluar slack. datang sekolah macam biasa. terus masuk kelas. perhimpunan cuma hari isnin. jap. hari ni masuk kelas lambat gila sebab cikgu yang pegang kunci kelas blok ni datang lambat.

lepastu masuk kelas. hari ni jugak hari kedua muet speaking test. besok hari last. first subject, pengajian am. kelas cikgu asris. kalau dengan cikgu ni, kelas relax sikit sebenarnya banyak. hehe. tadi belajar pasal teks bukan linear kepada teks linear. apa tu? sila google sendiri. sebenarnya pasal cara buat esei berdasarkan maklumat daripada graf/carta pai/jadual etc. susah k.

seterusnya kelas geografi. cikgu sama. cikgu tu sebenarnya cikgu geografi tapi boleh mengajar pengajian am. lagi pon, sekolah kitorang tak ramai tenaga pengajar tingkatan enam; 15 orang sahaja. k waktu geografi perbincangan kerja kursus sem ni. group work. jumaat ni kena pergi pd dengan melaka. semua proposal, soal selidik etc kena siapkan.

time seni visual pulak cikgu tak masuk. buat kerja sendiri. yang belum siap dengan projek seni; sibuk mengecat, menge-spray. ada dah siap ada belum. aku dah siap. 70%? boleh lah. tinggal nak touch up je. waktu ni bersembang je kerja. gunakan masa bermanfaat untuk benda tak bermanfaat. pandai bukan? heh.

rehat time. koperasi takde benda menarik jadi beli belah dekat kantin. keropok lekor pon jadilah. naik kelas. makan. lepas ni kelas muet. muet tak belajar sebab cikgu cikgu sibuk dengan speaking test. lagi sekali, kelas berpesta. tapi masih di bawah kawalan. kalau tak memang kena sound dari bilik pengurusan sebelah tu. biasanya waktu kuliah memang bising sikit sebab semua orang berkumpul. lelagi kuliah muet, p.a.

kitorang pergi jumpa cikgu kejap. nak ambik salinan kerja kursus seni visual. lepastu cikgu terangkan blablabla. malas aku naik taip. sorry. k habis. masuk kelas. lepak. sembang kosong. waktu balik pulak ada mesyuarat vad. pelantikan sesi 2014/2015. budak upper tak boleh cadang nama calon, so kitorang cuma mengundi. tahniah kepada yang dapat jawatan. 

cikgu bagi senior balik awal. hehe. ok tu je. bosan kan? aku tak tau nak cerita apa. selamat jalan. ehe.

aww itu hari google wished burstday kita .__.

2 comments:

  1. Rindu zaman sekolah. Rindu zaman2 nakal.... Hehehe...
    BTw, akak follow cni (^^,)

    ReplyDelete
  2. wahhh .. sempat update :D

    ReplyDelete