III hari II malam


ni saja nak bagi tau. nak taip cepat cepat sebab nak prepare barang untuk lawatan ke melaka & port dickson besok. huehue. eksaited. sebelum tu, hi people. muah ilebiu. k tetiba.

tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk melaksanakan kerja kursus geografi bagi pelajar pra-u. tahun ni, kerja kursus berkaitan pelancongan dan sungai. memula tu cikgu suruh kitorang buat kajian pasal sungai je yang dekat area ni. kitorang tak nak. hehe. apa class sungai, cikgu? tak jauh mana pon sungai tu. kitorang nak pergi jauh jauh. baru best. bak kata pepatah "jauh perjalanan, luas pemandangan" gitu. lol.

memandangkan cikgu mendengar suara hati kami, maka cikgu pon setuju nak buat lawatan. secara automatic, tajuk pelancongan dipilih. ada tiga jenis pelancongan; ekopelancongan, pelancongan pendidikan dan agro pelancongan. at first, kitorang pilih agro pelancongan, sungai udang. not bad lah tempat tu. tapi disebabkan kena bayar rm25 seorang, kajian pasal agro pelancongan tak jadi. kitorang tak cukup bajet weh.

senang cerita, kitorang pilih ekopelancongan. kajian ni dekat area teluk kemang, port dickson. aku tak pernah pergi. kitorang share tempat kajian sama dengan beberapa buah group lain. takpe lah kan. janji buat. banyak benda nak kena buat nanti; kena edar soal selidik, buat temu bual, tangkap gambar and blablabla demi kajian tersayang ni. huhuhu. macam kajian pengajian am sem lepas. so takde la culture shock atau istilah saintifik melayunya terkejut beruk sangat. kekeke. pengalaman sememangnya membantu. so, ni kajian lapangan aku yang kedua.

btw, ni kunjungan kali kedua kitorang ke melaka. masa sem satu kitorang dah pergi. sebagai persediaan untuk kajian yang sebenar. so takde buat apa sangat. just makan angin. hewhewhew. best dapat jejalan dengan kawan kawan. macam macam kitorang buat. for this time, memang kena buat kerja. kalau tak memang kantoi geografi. dah la pointer geografi aku nyawa nyawa ikan. result sem dua nanti ntah macam mana. seram.

oleh itu, marilah kita berjuang untuk score kerja kursus yang berfungsi sebagai back up plan. go go go. tiga hari dua malam. eh kbai.

6 comments:

  1. wah. syok tuu. dapat jalan2 skali tu. hihi

    #di ikotkan ngok tarikh. da balik la ni kan? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok seronok seronok ^^ hehe

      Delete
  2. syok lah dapat jalan2..tak dok gambar sekeping dua ka?

    ReplyDelete
  3. teluk kemang? ermmm... rindu lar ngan tempat 2... heee

    ReplyDelete